Laman Utama | Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
Iklan permohonan dibuka dua (2) kali setahun dan akan diwar-warkan di laman sesawang dan medial sosial Yayasan Pahang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian sebaik sahaja iklan dibuka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Sila layari laman sesawang Yayasan Pahang dari masa ke semasa untuk dapatkan maklumat terkini.
KELAYAKAN MEMOHON
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
- Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
- Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
- Pemohon yang ibubapanya BUKAN warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.
Bil | Peringkat Pengajian | Kelayakan Permohonan | Bidang Pengajian | Kadar Pinjaman |
1. | Master / Kedoktoran (PhD) | Pemohon berkelulusan : Pemohon sedang mengikuti pengajian di 20 IPTA | Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa/separuh masa) | Sepenuh Masa Separuh Masa |
2. | Ijazah Sarjana Muda | Pemohon berkelulusan : ATAU Lulus Asasi / Matrikulasi / Memiliki sekurang-kurangnya Tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET) Pemohon sedang mengikuti pengajian di TAHUN PERTAMA di 20 IPTA | Bidang pengajian selektif & kritikal di 20 IPTA (sepenuh masa) seperti berikut :- – Farmasi – Kejuruteraan & Teknologi – Ekonomi & Kewangan Islam – Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan) – TESL – Pertanian dan Industri Halal – Pelancongan & Warisan – Sains Data – Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) – Automasi & Robotik – E-Dagang – Pemasaran Digital | Sepenuh Masa |
3. | Ijazah Sarjana Muda | Pemohon berkelulusan: dan Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (AGAMA/DINI/TAHFIZ SYAHADAH ULYA) di peringkat SPM | Program Berkembar 2+2 di Kolej Yayasan Pahang & Yarmouk University, Jordan (KYP-Jordan) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)(sepenuh masa) | Sepenuh Masa Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup |
4. | Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia (SKM /DKM) | Pemohon sedang mengikuti pengajian di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) | Semua bidang pengajian Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia (SKM / DKM) di KYPAS (sepenuh masa) | Sepenuh Masa Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup |
5. | Diploma | Pemohon sedang mengikuti pengajian di SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS pengajian di Politeknik | Semua bidang pengajian di Politeknik (sepenuh masa) | Sepenuh Masa Dengan syarat pemohon tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja yang lain |
6. | Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah | Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah di Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UNIPSAS) | Semua bidang pengajian Diploma /Ijazah Sarjana Muda di UNIPSAS (sepenuh masa) Sarjana dalam bidang Pengajian Islam, Pendidikan TESL & Pentadbiran Perniagaan di UNIPSAS Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam di UNIPSAS Diploma Pascasiswazah Guaman Syarie di UNIPSAS | Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda) RM3,000 setahun Sarjana/Doktor Falsafah/Diploma Pascasiswazah |
7. | Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah | Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)/Kolej Yayasan Pahang (KYP) | Semua bidang pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di UCYP/KYP (sepenuh masa) Sarjana dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di UCYP/KYP Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan dan Seni Lukis & Seni Reka di UCYP/KYP | Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda) RM3,000 setahun Sarjana/Doktor Falsafah |
8. | Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) | Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills | Semua bidang pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills (sepenuh masa) | Sepenuh Masa Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup |