Laman Utama | Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Bagi memastikan Yayasan Pahang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Pahang dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pelanggan; Maka Kami Berjanji akan memberikan perkhidmatan yang komited dan profesional melalui layanan mesra dan sedia membantu untuk mencapai setiap objektif dengan tepat, cekap dan cepat dengan : | |
1. | Mengagihkan Bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) kepada pelajar sediada dan baru sebelum sesi persekolahan bermula. |
2. | Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar baru dalam tempoh 3 bulan dari penerimaan borang yang lengkap. |
3. | Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar sediada dalam bulan Januari dan Mei. |
4. | Mengeluarkan bayaran pertama kepada peminjam pendidikan dalam tempoh 30 hari dari penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap. |
5. | Mengeluarkan bayaran kepada peminjam pendidikan sediada dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran atau arahan bayaran. |
6. | Proses penyediaan bayaran tidak melebihi 14 hari dari tarikh terima tuntutan bayaran. |
7. | Menangani masalah yang timbul dalam tempoh kurang dari 7 hari bekerja. |
8. | Sebarang pertanyaan atau aduan akan diambil tindakan dengan serta merta atau selewat-lewatnya tiga hari bekerja. |
Dikemaskini pada: November 24, 2023, 4:12 pm