Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN MTNP

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertempat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Mulai Julai 2006, program ini dipindahkan ke kampus baru di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun dan program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Telah mendapat tawaran mengikuti program Diploma Tahfiz di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
  3. Mempunyai sahsiah diri yang baik, berpersonaliti unggul dan taraf Kesihatan yang baik.

KADAR PENAJAAN

Kadar Penajaan – RM1,200/sebulan

Dikemaskini pada: May 10, 2023, 3:45 pm