Program-Program Bantuan Pendidikan (YP SISWA)
MAJLIS MAHASISWA ANAK PAHANG (MAMPAN)
Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara telah diwujudkan pada 6 November 1999. Ia bertujuan bagi membentuk jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa, pemimpin-pemimpin negeri dan masyarakat di negeri Pahang.
Mahasiswa-mahasiswi anak Pahang yang berminat untuk menganggotai MAMPAN boleh mendaftar secara online melalui E-Mampan di link https://app2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php
VISI MAMPAN
Memperkasa jalinan tripartite dalam usaha ‘Memartabatkan Masyarakat’.
MISI MAMPAN
1. Menggalakkan aktiviti yang berteraskan kepada pengurusan & pembangunan kepimpinan mahasiswa/i.
2. Membentuk persekitaran mahasiswa/i yang lestari dan berimpak tinggi melalui aktiviti kesukarelawan yang berterusan
2. Membentuk persekitaran mahasiswa/i yang lestari dan berimpak tinggi melalui aktiviti kesukarelawan yang berterusan
TERAS MAMPAN
Bagi memastikan MAMPAN terus relevan dan berada di landasan yang betul, 4 teras utama dijadikan panduan dalam aktiviti dan halatuju MAMPAN iaitu :
1. Kebolehpasaran kerja
2. Kepimpinan
3. Kemandirian ekonomi
4. Keterlihatan (Visibility)
HALATUJU MAMPAN
Elemen penting bagi mencapai hala tuju MAMPAN:
1. Memperkasa pengurusan ahli menggunakan E-MAMPAN.
2. Menjalinkan hubungan secara National Blue Ocean Shift (NBOS) dengan agensi seaspirasi.
1. Memperkasa pengurusan ahli menggunakan E-MAMPAN.
2. Menjalinkan hubungan secara National Blue Ocean Shift (NBOS) dengan agensi seaspirasi.
Dikemaskini pada: July 30, 2025, 10:33 am