Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH

PENGENALAN
 
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.
Mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD. Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000. Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.
Pemberian masih dikekalkan bermula tawaran di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat Kedoktoran (PhD) di mana tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah. Bagi kategori Geran Pra Siswazah akan menerima RM700 manakala Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1,200. PENERIMA HANYA BOLEH MEMOHON SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI. JIKA PELAJAR TELAH MENERIMA GERAN IPT SEMASA ASASI/MATRIKULASI/TAMHIDI/PRA/DIPLOMA ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON GERAN PRA SISWAZAH (IJAZAH SARJANA MUDA).
Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
 
BERMULA PADA 1 JANUARI 2019, GERAN PRA SISWAZAH DAN GERAN PASCA SISWAZAH ADALAH TERPAKAI.
icon geran

 *Sila baca kriteria & syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan online

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang di atas.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang terlibat :

A. KRITERIA GERAN PRA SISWAZAH

1.Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
 i.Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
 ii.Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
 iii.Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
   
2.Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
3.Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM.
4.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.
5.Permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
6.Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
  
 a)20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Peringkat Asasi/Pra Diploma/Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda) :
  1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
   
 b)8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda:
  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
3. Universiti Multimedia (MMU)
4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
   
 c)Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
   
 d)Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Yayasan Pahang Advanced Skills bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
   
 e)Pra Diploma/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
   
 f)Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pahang Skills.
   
 g)Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) bagi peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
   
 h)Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
   
 i)Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara  francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
   
 j)Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.
   
 k)Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
   
 l)

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) bagi peringkat Diploma sahaja.

   
 m)Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
   
 n)DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.
   
 o)Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja.
   
 ATAU
1.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
   
2.Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
   
3.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar.
   
4.Permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
   
5.Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
   
 a.20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
   
 b.Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 c.Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
 d.Pahang Skills
 e.Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)

B. KRITERIA GERAN PASCA SISWAZAH

1.Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
 i.Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
 ii.Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
 ii.Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2.Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
3.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
4.Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.
5.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar.
6.Permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
7.Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
  1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Universiti Islam Malaysia (UIM)
22. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)
23. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
   
 
 *Pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori Geran IPT
Dikemaskini pada: March 19, 2024, 10:15 am