Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

BIASISWA TAHFIZ PROFESIONAL JAKIM/UIAM

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 2002 bertujuan untuk mewujudkan golongan profesional yang juga mampu menghafaz Al-Quran.
Ianya dibuka kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum serta berkemampuan untuk mengikuti Kursus Persijilan Tahfiz Al-Quran anjuran JAKIM disamping mendapat tempat pengajian peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam jurusan profesional.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh Darul Quran serta mendapat tawaran mengikuti program Persijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM/UIAM.

KADAR PENAJAAN

PERINGKATNILAI BIASISWA
Sijil TahfizRM6,600 (1 setengah tahun)
MatrikulasiRM5,000 (setahun)
Ijazah Sarjana Muda

Kadar Setahun

– Elaun Sara Hidup – RM5,000

– Elaun Buku – RM200

– Yuran Pengajian Sebenar

Dikemaskini pada: September 11, 2021, 9:08 pm