Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

DERMASISWA PELAJAR MISKIN SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH

Kelayakan memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur dan
    2. Pemohon serta ibubapa telah bermastautin tidak kurang dari 10 tahun dan terus bermastautin di Negeri Pahang. Bagi calon kategori ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP hendaklah dikemukakan.
  2. Sedang belajar di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Malaysia (Sekolah Menengah/Sekolah Rendah) .
  3. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai.
  4. Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibubapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberikan keutamaan.
  5. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM700.00/bulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.
Dikemaskini pada: September 11, 2021, 9:30 pm