Capaian Komuniti

Capaian KOMUNITI

Meningkatkan akses capaian komuniti  kepada masyarakat dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan, keagamaan, kesukanan dan sukarelawan.

Program diadakan bertujuan melahirkan ahli-ahli sukan anak Pahang yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa selain melahirkan komuniti yang sihat. Berikut adalah program yang dilaksanakan:

  1. Sukan / Komuniti Sihat :
    • Sukan Angkat (bowling, angkat berat, hoki di peringkat Negeri Pahang)
    • e-Sport
    • Kursus Kejurulatihan & Pembangunan
    • Pertandingan Bola Keranjang
    • Pertandingan Futsal
    • YP Run / Walk
  2. Sumbangan Aktiviti Kokurikulum Pelajar Sekolah 

    Memberi bantuan kepada sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum selain menggalakkan pihak sekolah mengasah minat pelajar-pelajar sekolah didalam bidang kokurikulum seperti unit beruniform, program pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan serta aktiviti-aktiviti yang dirangka dengan menerapkan nilai-nilai daya saing yang tinggi.

     

YP Sukan

Program diadakan bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti keagamaan, ilmu dan kemahiran. Berikut adalah program-program dan bantuan yang disediakan:

  1. MyKariah
  2. Bandar Wakaf Madinah Mawaddah
  3. Pusat Khidmat Komuniti Tafaqquh Fiddin (PKK-TFD)
  4. Dermakhairat, Sumbangan Khas dan  Tajaan, Bantuan Anak Yatim/Miskin/Daif
  5. Program Intervensi Pendidikan Komuniti Rentan
YP Masyarakat

Program bertujuan memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli untuk sama-sama maju dalam arus pembangunan negara. Berikut adalah program yang dijalankan:

  1. Program Pembangunan Masyarakat Orang Asli (PETAMA)
  2. Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA)
  3. Pusat Komuniti Orang Asli (PKK-OA)
YP OA

Program bertujuan meningkatkan kualiti kefahaman terhadap agama Islam kepada muslimin dan muslimat di pelbagai peringkat masyarakat.

  1. Program Persijilan Agama Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang (TFD)
  2. Ihya Ramadan
  3. Program Huffaz Mutqin
  4. Program Tahfiz Baitul Hikmah
YP Keagamaan

Dikemaskini pada: October 2, 2026, 1:32 pm

Carian

  • Carian

  • Jenis Kandungan

  • Tarikh