Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

PROGRAM PERSIJILAN AGAMA TAFAQQUH FIDDIN NEGERI PAHANG (TFD)

Program Persijilan Pengajian Islam TFD ini adalah program pengajian sepanjang hayat dengan mengunapakai dengan modul berstruktur iaitu Modul  Persijilan Pengajian Islam TFD Negeri Pahang  yang digunakan di seluruh Masjid Daerah oleh Negeri Pahang serta Penjara – Penjara  Negeri Pahang telah diktiraf oleh Jabatan Agama Islam Pahang  (JAIP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pahang (MUIP).

Pengajian secara sistematik ini merangkumi 3 Tahap dan setiap tahap memakan masa 1 tahun 6 bulan. Fokus pengajian adalah kepada 4 subjek utama iaitu Fekah, Tauhid, Tasawuf  dan Al-Quran & Tafsir. Pengajian adalah dengan menggunakan kepada kitab-kitab thuras yang muktabar.

Pengiraan markah adalah berdasarkan kehadiran ke kuliah pengajian, kuiz bulanan dan peperiksaan akhir.  Seminar dan kursus talaqqi bersama ulama juga diadakan pada setiap  tahun serentak dengan Multaqa Tafaqquh Fiddin yang merupakan Majlis Konvokesyen bagi peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan kursus bagi setiap tahap.

Infografi Keunikan TFD1

Pusat pengajian TFD adalah sebanyak 25 pusat termasuk di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Malah ianya telah berkembang ke peringkat antarabangsa iaitu di Kaherah, Mesir

Dikemaskini pada: November 24, 2021, 4:03 pm