Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

PROGRAM TAHFIZ BAITUL HIKMAH

Program Tahfiz Baitul Hikmah ini adalah program tajaan Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Pahang. Peserta program ini adalah merupakan peserta yang telah tamat pengajian Program Persijilan Agama Islam Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang Sesi 2017 – 2019.

Program Baitul Hikmah ini adalah merupakan kelas pengajian yang mendedahkan kepada para penghuni penjara tentang Hafazan Al-Quran. Peserta program ini akan menghafaz 30 Juzuk Al-Quran bermula dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Kelas ini diadakan 5 kali seminggu di mana masa yang diperuntukkan ialah empat (4) jam 30 minit sehari. Peserta program akan diajar dan dibimbing oleh guru yang berpengalaman sehingga mereka mampu membaca Al-Quran dengan tajwid yang sempurna, menghafaz dan mengingat setiap ayat dengan baik serta lulus ujian Syahadah 30 Juzuk Al-Quran.

Kaedah Pelaksanaan

  • Guru yang terlibat di dalam Program Tahfiz Baitul Hikmah Penjara Penor ialah terdiri dari Pegawai Kader JAKIM dan Pegawai Penjara yang dilantik sebagai Pembantu Guru Agama (PGA). Setiap guru akan mengendalikan seramai 10 orang peserta di mana setiap peserta akan melalui 5 peringkat pengajian untuk melengkapkan modul ini bermula dari peringkat Iqra’, peringkat Tahsin, peringkat Pra-Tahfiz, peringkat Tahfiz dan terakhir peringkat Mutqin. Setiap hari, peserta akan diberikan motivasi berkaitan Al-Quran menggunakan modul Adab Hamalatul Quran.
Infografik Program Baitul Hikmah
Dikemaskini pada: November 24, 2021, 4:07 pm