Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

Program Jawab Untuk Jaya (JUJ)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan kelulusan yang lebih tinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada di tahap cemerlang, kepujian dan lulus. Program ini menggembleng tenaga kepakaran yang ada di peringkat negeri, daerah dan sekolah  bagi  mencapai hasrat kecemerlangan pendidikan di negeri Pahang seterusnya  mengaplikasikan bahan-bahan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pada tahun 2016, e-JUJ diperkenalkan bagi memudahkan capaian bahan JUJ dalam laman web Yayasan Pahang.

Melibatkan 20 mata pelajaran SPM meliputi soalan praktis bestari dan skema jawapan, peta topo serta 9 modul pembelajaran masteri bagi matapelajaran yang kritikal.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Projek JUJ telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti. Ini terbukti dengan keputusan SPM tahun 2015 negeri Pahang berjaya berada di kalangan kedudukan 5 terbaik berbanding kedudukan ke-3 ke bawah pada tahun 1995 sebelum JUJ diperkenalkan.  Program ini masih lagi berlangsung dan ditambah baik dari semasa ke semasa dan ternyata mampu membantu calon-calon SPM memperbaiki pencapaian masing-masing dalam peperiksaan tersebut.

Dikemaskini pada: November 10, 2021, 2:22 pm