Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Undi SK Kempadang

SK KEMPADANG, KUANTAN TERPILIH FINALIS 3 TERATAS WORLD’S BEST SCHOOL PRIZES… MOH UNDI BAGI JUARA!

Tahniah SK Kempadang, Kuantan yang telah tersenarai sebagai finalis 3 teratas World’s Best School Prizes daripada pencalonan 3,000 sekolah di seluruh dunia.

Anugerah berkenaan buat julung-julung kalinya dilancarkan pada tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express.

SK Kempadang, Kuantan telah tercalon bagi kategori Inovasi. Empat kategori lain Anugerah Sekolah Terbaik Dunia adalah Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat. Anugerah ini diwujudkan bagi meraikan sekolah-sekolah di seluruh dunia yang memainkan peranan penting dalam membangunkan pelajar generasi hadapan dan sumbangan besar mereka terhadap kemajuan masyarakat, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

SK Kempadang telah mendapat penajaan daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang bermula tahun 2015-2021 bagi menjalankan program Sekolah Amanah yang merupakan pendekatan baharu dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan sekolah dengan memberi autoriti untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Undian awam diadakan mulai 22 September – 2 Oktober 2022 bagi memilih pemenang. Pemenang setiap anugerah akan dipilih berdasarkan kriteria yang ketat oleh akademi juri yang terdiri daripada pemimpin terbilang di seluruh dunia termasuk ahli akademik, pendidik, NGO, usahawan sosial, kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta. Pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week. Hadiah bernilai AS$250,000 akan dikongsi sama rata dalam kalangan pemenang lima anugerah tersebut, dengan setiap pemenang menerima AS$50,000.

Tahniah SK Kempadang yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ini. Semoga dapat dijadikan contoh kepada para pendidik bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia amalan sekolah cemerlang ini…moh undi sekarang di https://eu1.hubs.ly/H01Pv6Q0

Pastikan kita menang!

MALAYSIA BOLEH!

Dikemaskini pada: September 29, 2022, 11:46 am