Laman Utama | Aktiviti YP
PROGRAM YAYASAN PAHANG
Yayasan Pahang selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan anak-anak Pahang menyediakan pakej dan akses pendidikan lengkap kepada anak-anak negerinya meliputi murid tadika, sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, masyarakat bekerja, masyarakat minoriti Orang Asli hingga warga emas.
Lanskap aktiviti Yayasan Pahang ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu CAPAIAN PENDIDIKAN, CAPAIAN KOMUNITI dan CAPAIAN EKONOMI.
Kesemua capaian ini digarap dengan baik agar dapat melahirkan anak-anak Pahang yang berketrampilan, matang dan seimbang dalam pelbagai aspek selaras dengan hasrat Yayasan Pahang ‘Memartabatkan Masyarakat’.