Laman Utama | Program Bantuan Pendidikan | Skim Pelajar Cemerlang YP (SPC)
Program-Program Bantuan Pendidikan
SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).
- Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam dan bidang-bidang lain yang diluluskan oleh YP. Penajaan biasiswa akan diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. - Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (FIA-ACCA).
Program ini dirangka khas mulai tahun 2016 untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dari kalangan anak Pahang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation In Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
KELAYAKAN MEMOHON
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
JENIS PEMBIAYAAN | KADAR (RM) |
Elaun Sara Hidup | -5,000 setahun- |
Yuran Pengajian | -seperti yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian- |