Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam dan bidang-bidang lain yang diluluskan oleh YP. Penajaan biasiswa akan diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
JENIS PEMBIAYAANKADAR (RM)
Elaun Sara Hidup-5,000 setahun-
Yuran Pengajian-seperti yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian-
Dikemaskini pada: July 30, 2025, 10:48 am