Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

PROGRAM PENGAJIAN AGAMA ISLAM (TAFAQQUH FIDDIN)
Program Pengajian Agama Islam (Tafaqquh Fiddin) Negeri Pahang ini telah bermula pada 6 Jun 2015 dengan hanya 4 masjid terlibat sebagai pusat pengajian. Memandangkan permintaan yang tinggi oleh masyarakat negeri Pahang dalam mempelajari ilmu pengajian Islam, Yayasan Pahang telah memperluaskan program ini ke seluruh masjid daerah di negeri Pahang. Program ini bertujuan menyediakan kemudahan mempelajari ilmu pengajian Islam secara sistematik tanpa mengira peringkat umur, taraf pendidikan dan kelayakan.
PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TAFFAQUH FIDDIN
Pada peringkat permulaan, program ini telah diadakan di empat lokasi iaitu:-
  • Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
  • Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota , Kuantan
  • Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Bentong, Bentong
  • Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan
Walau bagaimanapun, oleh kerana permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat negeri Pahang, maka program ini telah diperluaskan ke 10 buah lagi pusat pengajian pada April 2016 seperti berikut:
  • Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin
  • Masjid As Syakirin, Maran
  • Masjid Tengku Abdullah, Jerantut
  • Masjid Sultan Mahmud, Lipis
  • Masjid Sultan Abu Bakar, Raub
  • Masjid Abu Bakar, Temerloh
  • Masjid Darul Fikri, Bera
  • Masjid UNIPSAS, Kuantan
  • Masjid Sultan Ahmad Shah, Jengka
  • Yayasan Pahang
Sementara pada tahun 2017 program ini telah diperluaskan lagi ke masjid-masjid berikut:
  • Masjid Al Muadzam, Muadzam Shah
  • Masjid Saiyidina Umar Al Khattab, Cenderawasih, Kuantan
  • Masjid Taman LKNP, Pekan
  • Penjara Bentong
  • Penjara Penor
  • Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10 Kuantan
Seterusnya Yayasan Pahang memperluaskan lagi dengan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ke masjid-masjid berikut :-
  • Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Kelas Pengajian Tarfaqquh Fiddin (TFD) YP telah mencatatkan sejarah dengan mengembangkan sayapnya buat pertama kali ke peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan TFD Mesir pada awal tahun 2019. TFD Mesir memberi manfaat kepada lebih 250 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak Pahang di Kaherah, Mesir dengan memberi keutamaan kepada subjek-subjek teras yang merupakan silibus tetap para pelajar di Universiti Al-Azhar.
Dikemaskini pada: March 17, 2023, 9:27 am