Laman Utama | Program Bantuan Pendidikan | Derwasiswa Pelajar Miskin IPT
Program-Program Bantuan Pendidikan
DERMASISWA PELAJAR MISKIN IPT
Kelayakan Memohon | |||
1. | Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:- | ||
a. | Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur dan | ||
b. | Pemohon serta ibubapa telah bermastautin tidak kurang dari 10 tahun dan terus bermastautin di Negeri Pahang. Bagi calon kategori ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP hendaklah dikemukakan. | ||
c. | Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. | ||
2. | Sedang belajar di sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. | ||
3. | Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai. | ||
4. | Tidak mendapat biasiswa dari mana-mana badan penaja. | ||
5. | Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibubapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberikan keutamaan. | ||
6. | Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM700.00/bulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah. | ||
BORANG PERMOHONAN DERMASISWA HANYA BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERKHIDMATAN YAYASAN PAHANG TANJUNG LUMPUR DAN KAUNTER UTC KUANTAN. |
Dikemaskini pada: September 11, 2021, 9:32 pm