Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

Pengumuman

Pengumuman

PAHANG ELIT BERTUAH BERTEMU YAB MB

5 Disember, Kuantan – 55 peserta Pahang Lead Tier 4 (Pahang Elite) bertuah dapat bertemu dan beramah mesra dengan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Saat-saat bersejarah bagi kesemua peserta ini berlaku ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15, hari ini. Dalam masa yang sama mereka juga memperolehi pengalaman baru apabila dapat menyaksikan sendiri bagaimana wakil-wakil rakyat bersidang.

Pahang Lead adalah program Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Yayasan Pahang (YP) bertujuan untuk mencungkil dan melahirkan ‘pool of talent’ yang berpotensi di kalangan anak Pahang yang mempunyai identiti dan jati diri cintakan Negeri Pahang.

Program ini melibatkan 1,595 pelajar anak Pahang dari setiap daerah di seluruh Negeri Pahang dari Tier 1 – 4 dengan modul khas iaitu penerapan indentiti & jati diri Negeri Pahang, pembangunan pemikiran kepimpinan, komunikasi berkesan & pengurusan strategik.

Semoga program ini akan melahirkan bakal pemimpin anak Pahang yang berjiwa rakyat, berwibawa dan bersemangat waja untuk terus memacu kejayaan negeri yang kita cintai ini!

Dikemaskini pada: December 11, 2024, 3:33 pm