MAJLIS SEMBANG SANTAI TPM, MB PAHANG @YOGYAKARTA
11 November, Yogjakarta – Sembang santai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama-sama 100 mahasiswa/i anak Pahang yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sekitar Yogyakarta, Indonesia.
Pada majlis berkenaan,Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang turut berkongsi pengalaman, mendengar permasalahan mahasiswa/i, cuba mencari jalan penyelesaian, seterusnya berharap dapat kembali menabur bakti untuk negara tercinta Malaysia khususnya Negeri Pahang sebelum menyampaikan sumbangan.
Dikemaskini pada: December 11, 2024, 3:23 pm