Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

ketua pegawai korporat

En Amri

YBHG En. Airulamri bin Amran.

Dilahirkan pada 18 Mei 1976 di Kuantan, Pahang. Sehingga kini, usianya berkhidmat dengan Yayasan Pahang (YP) hampir 13 tahun, dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Korporat. Tugas utamanya adalah memantau prestasi semua pelaburan ekuiti swasta dan awam milik YP.

Beliau merupakan pakar dalam strategi peruntukan aset dan pengurusan kecekapan modal bagi YP. Beliau bertanggungjawab memastikan perolehan bagi mengatururus kecukupan dana   bagi memenuhi  tanggungjawab sosial YP dalam aktiviti pendidikan, pembangunan masyarakat dan jangkauan ekonomi.

Menamatkan persekolahan peringkat menengah dari Maktab tentera Diraja (RMC) pada 1993 dengan keputusan cemerlang, beliau menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Sekolah Pengajian Perniagaan Dublin, Ireland. Pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya perakaunannya dengan sebuah syarikat multinasional di Dublin sebelum menyertai Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai tutor dua tahun kemudian.

Pada tahun 2002, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains Perbankan dan Kewangan Antarabangsa, dan meneruskan peranan akademik dalam pelbagai institusi pendidikan tinggi dengan menjawat jawatan pelbagai seperti pensyarah, Timbalan Dekan,  Dekan dan Direktor Akademik. Pembabitan 10 tahun dalam bidang pendidikan seterusnya  digunakan untuk   memberi sumbangan idea kepada Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan universiti khusus dalam bidang Kewangan Islam. Dengan pengalaman tersebut, pada 2020, sebuah institusi ternama yang berpusat di Singapura telah mentauliahkan Certified Data Science Specialist kepada Encik Airulamri.

 

Dikemaskini pada: August 23, 2022, 3:40 pm