Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

ketua pegawai eksekutif Yayasan Pahang

Dato Mahmud

YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, berusia 59 tahun, menyertai Yayasan Pahang bermula pada tahun 1992 selepas menamatkan tugas sebagai Perancang Bandar di City of Corona, California dan City of Torrance, California di Amerika Syarikat.

Memulakan karier di Yayasan Pahang dengan menerajui beberapa portfolio utama antaranya di Bahagian Pelaburan dan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Pahang.

Pada tahun 1996, Dato’ Indera Mahmud dilantik sebagai Pengurus Pelaburan Yayasan Pahang sebelum diberi mandat sebagai Timbalan Pengurus Besar pada tahun 2008.  Beliau juga berperanan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di semua anak syarikat milik penuh dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Berdasarkan rekod cemerlang dan pengalaman yang luas, Dato’ Indera Mahmud   kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Pahang bermula Januari 2015 sehingga kini.

Sepanjang 25 tahun perkhidmatan, Dato’ Indera Mahmud menunjukkan komitmen yang amat tinggi dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya berkaitan strategi kumpulan dan anak-anak syarikat serta pelaburan ekuiti mahupun pengurusan modal kumpulan.

Dato’ Indera Mahmud adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Perancangan Bandar dari University of Wisconsin dan Ijazah Sarjana Perancangan Perusahaan Awam dan Swasta dari University of Southern California, Los Angeles, USA.  Beliau juga aktif sebagai Senator Mahasiswa di University of Wisconsin.

Dato’ Indera Mahmud merupakan alumni Sekolah Alam Shah, Selangor dan juga alumni University of Southern California, Los Angeles, USA dan University of Wisconsin, Amerika Syarikat.

Keupayaan dan kecenderungan Dato’ Indera Mahmud menghasilkan strategi yang berkesan dalam tanggungjawab sosial dan mobility social terhadap masyarakat telah mengharumkan nama Yayasan Pahang.  Pada tahun 2012, Yayasan Pahang menerima Asia Pacific Best Social Services Award dan Social Responsibility Driver Award daripada Asia Pacific Business Excellence Standard (APBEST), Hong Kong.

Berikutnya pada Oktober 2015, beliau terpilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh The Asian Academy of Management (AAM), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk sumbangan komuniti cemerlang.

Sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan kewangan yang cemerlang, Yayasan Pahang dianugerahkan penarafan 5 bintang Sijil Pengauditan Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti 2015 disampaikan oleh Ketua Audit Negara pada tahun 2015.

Pada September 2016, Yayasan Pahang menerima Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) di Jakarta, Indonesia, di mana ianya satu sejarah buat beliau dan Yayasan Pahang sendiri apabila turut berkongsi pentas dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menerima Anugerah Kepimpinan Global 2016 pada majlis yang sama.

Usaha beliau dalam mempromosikan inovasi pengajian Islam melalui program Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang (TFD) telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang apabila Yayasan Pahang menerima Anugerah Inovasi sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri pada tahun 2017. 

Dato’ Indera Mahmud seterusnya memperluaskan  program TFD ke penjara di Negeri Pahang untuk dimanfaatkan kepada penghuni-penghuninya. Usaha murni beliau ini telah diiktiraf oleh Jabatan Penjara Malaysia apabila  dianugerahkan Pingat Komosioner Jeneral Penjara Malaysia pada 2019.

Pada November 2017, Yayasan Pahang telah diiktiraf sebagai antara 11 agensi di Malaysia, pertama di negeri Pahang dan pertama di antara yayasan-yayasan negeri mendapat Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS).

Pada tahun yang sama juga, Yayasan Pahang telah berjaya mendapat anugerah The Asia HRD Awards 2017 kerana berjaya menjadi pemangkin kepada pembangunan sumber manusia bertaraf dunia untuk negeri Pahang.

Sumbangan Dato’ Indera Mahmud dalam bidang sukan juga terserlah apabila mendapat pengiktirafan di peringkat negeri Pahang melalui Anugerah Penggerak Sukan  2017 daripada Majlis Sukan Pahang.  Manakala dalam bidang pendidikan pula, Dato’ Indera Mahmud telah menerima Anugerah Khas Inovasi Pendidikan 2017 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.

Terkini  pada tahun 2020, Dato’ Indera Mahmud telah berjaya  memacu  organisasi hingga ke peringkat antarabangsa  apabila Yayasan Pahang  dinobatkan sebagai penerima pingat emas Stevie Winner International Business Awards di Anugerah  Perniagaan Antarabangsa  (IBA)  ke-17 dan People’s Choice Stevie Awards for Favourite Companies iaitu pengiktirafan  peringkat global bagi  perniagaan utama dunia.   Pada tahun yang sama juga, Yayasan Pahang  telah   memenangi Sustainability Awards 2020 and Corporate Sustainability & Responsibility Malaysia Welfare Society berdasarkan aktiviti-aktiviti khidmat sosial dan kerja amal yang cemerlang. 

Dikemaskini pada: June 1, 2023, 8:56 am