Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

Pengumuman

Pengumuman

Lanjutan Kenyataan Iklan Tender YP Land

Iklan tender adalah dipelawa daripada kontraktor berlesen yang berkelayakan serta berpengalaman, mempunyai keupayaan kewangan dan peralatan yang mencukupi bagi melaksana projek di bawah:

Hanya kontraktor berlesen yang memenuhi kriteria-kriteria berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini akan diberi pertimbangan:

JENIS TAWARAN

KELAYAKAN

PENDAFTARAN KONTRAKTOR

HARGA DOKUMEN

No. Tawaran Tender:

(YPL/PJK/4.4.5/E)

 

CADANGAN MEMBANGUNKAN 50 UNIT PONDOK TERES, 1 UNIT RUANGAN MEMBASUH, DAN RUANGAN MEMASAK SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PROJEK MADINAH MAWADDAH, DIATAS LOT 8094, MUKIM PENOR, DAERAH KUANTAN, PAHANG

Berdaftar dengan

CIDB/PKK

CIDB

Gred G5

PKK

Bumiputera

Kontraktor berlesen yang berminat dikehendaki mendaftarkan diri melalui pautan berikut sebelum atau pada 12.00 tengahari, 16 Mei 2022 

https://forms.gle/M8ufjJ6ho3EcQmkEA

 

Kontraktor DIKEHENDAKI memuatnaik dokumen berikut dalam format PDF sewaktu pendaftaran dibuat:

a.    Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan dan masih berkuatkuasa;

b.     Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beserta borang 9,24,44,49 dan MNA ATAU super form section 14.

c.     Sijil perakuan pendaftaran PKK dan CIDB.

RM 800.00

Hanya kontraktor yang BERDAFTAR dan menyertakan dokumen lengkap seperti yang disenaraikan di atas sahaja akan dijemput mengikuti taklimat dan dibenarkan untuk membeli dokumen tawaran tender.

MUSTAHAK

  1. Dokumen tawaran tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor berlesen yang BERDAFTAR dan memenuhi syarat sahaja. Untuk membeli dokumen tawaran tender ini, wakil kontraktor berdaftar adalah dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    a. Surat Perwakilan Kuasa yang sah daripada syarikat masing-masing.
    b. Naskah asal Sijil Pendaftaran dengan PKK dan CIDB (yang masih sah tempoh lakunya).
  1. Pihak kontraktor perlu mengemukakan program perintis usahawan bagi tukang-tukang mahir bagi contoh tred civil (5 orang), plumbing(5 orang) dan eletrical(5 orang). Kontraktor WAJIB  bersama-sama tukang mahir tersebut dalam melaksanakan projek ini.
  2. Kesemua tukang-tukang mahir ini WAJIB menyertai kesemua kelas yang akan disediakan oleh Kolej Yayasan Pahang Advance Skill (KYPAS).
  3. Kontraktor WAJIB menerima semua pelatih – pelatih pembinaan mengikut tred daripada Kolej Yayasan Pahang Advance Skill (KYPAS).
  4. Kontraktor juga diwajibkan hadir ke sesi taklimat tender bagi projek ini. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.
  5. Dokumen yang telah sempurna hendaklah dikembalikan ke dalam satu sampul besar dan dimeterai sepertimana yang dinyatakan di dalam arahan kepada petender cadangan (Instruction to Tenderer) pada Tarikh yang akan dimaklumkan semasa lawatan tapak iaitu Tarikh tutup tawaran tender. Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tawaran tender tidak akan dilayan.
  6. Tawaran tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang dikhaskan di alamat:

YP LAND SDN. BHD
Tingkat 1, Kompleks Yayasan Pahang
Jalan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-534 4899 / 09-534 4699
Fax: 09-534 4799 

  1. YP Land Sdn. Bhd tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender dan keputusan adalah muktamad.
Dikemaskini pada: May 11, 2022, 8:52 am