Laman Utama | Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM)
Program-Program Bantuan Pendidikan
BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG (LEPASAN STPM)
BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG (LEPASAN STPM) ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar. Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.
KELAYAKAN MEMOHON
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
- Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
- Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
- Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM tahun semasa dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).
- Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:
B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851–RM10,970/bulan. - Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
KADAR PENAJAAN
JENIS PEMBIAYAAN | KADAR (RM) | ||||||||||||||||||||||||||
Elaun Sara Hidup | 3,000 setahun | ||||||||||||||||||||||||||
Dikemaskini pada: February 3, 2022, 10:45 am