Yayasan Pahang menerima Special Award: Best in Social Impact & Economic Empowerment

Alhamdulillah, Yayasan Pahang menerima Special Award: Best in Social Impact & Economic Empowerment pada majlis BusinessToday Industry Choice Awards 2026 di ibu negara malam tadi.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merangkap Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi.

Affin Bank, Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM One dan Sime Darby Property turut menerima pengiktirafan dalam kategori masing-masing.

Sejak 2021, Program Jaminan Kerjaya di bawah YP Advanced Skills Sdn. Bhd. membantu 8,629 pelatih mendapatkan pekerjaan, dengan 63 peratus memperoleh pendapatan melebihi RM2,500 sebulan. Dalam SPM 2025, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang mencatatkan GPS 0.60, manakala Maahad Tahfiz Negeri Pahang merekodkan GPS 0.99.

Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen Yayasan Pahang untuk terus memperkasa masyarakat dan memacu pembangunan modal insan serta sosioekonomi negeri.
____
Alhamdulillah, Yayasan Pahang received the Special Award: Best in Social Impact & Economic Empowerment at the BusinessToday Industry Choice Awards 2026 held in the capital last night.

The award was presented by the Chairman of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and Senior Political Advisor to the Prime Minister, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, and received by the Chief Executive Officer of Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi.

Affin Bank, Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM One, and Sime Darby Property were also recognized in their respective categories.

Since 2021, the Career Guarantee Program (Program Jaminan Kerjaya) under YP Advanced Skills Sdn. Bhd. has helped 8,629 trainees secure employment, with 63 percent earning over RM2,500 a month. In SPM 2025, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang achieved a GPS of 0.60, while Maahad Tahfiz Negeri Pahang recorded a GPS of 0.99.

This recognition reinforces Yayasan Pahang’s commitment to continuously empower the community and drive the state’s human capital and socioeconomic development.

#Pahang1st #YayasanPahang #BusinessTodayIndustryChoiceAwards2026 #MemaartabatkanMasyarakat

Lagi Berita

Alhamdulillah, Yayasan Pahang menerima Special Award: Best in Social Impact

Komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pendidikan anak negeri diteruskan

Yayasan Pahang melalui anak syarikat milik penuhnya, YP Land Sdn.

Seramai 59 anak-anak Orang Asli dari Kuantan dan Bentong berkampung

Carian

  • Carian

  • Jenis Kandungan

  • Tarikh