Yayasan Pahang melalui anak syarikat milik penuhnya, YP Land Sdn. Bhd., hari ini melancarkan YP Commercial Centre (YPCC), sebuah pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan premis komersial di lokasi strategik sekitar Kuantan.
Majlis pelancaran di YPCC Tanjung Lumpur telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
YPCC merangkumi tiga pusat komersial iaitu YPCC Tanjung Lumpur, YPCC Bandar Indera Mahkota dan YPCC Kuantan.
YPCC Tanjung Lumpur dibangunkan di atas tanah seluas 24.8 ekar dengan kawasan boleh sewa berkeluasan 232,889 kaki persegi, merangkumi Zon Komersial, Zon Automotif dan RIMBUN yang menawarkan pelbagai segmen termasuk peruncitan, automotif, makanan dan minuman, perkhidmatan serta gaya hidup.
Kehadiran jenama-jenama utama seperti Mydin, McDonald’s, FamilyMart, BHPetrol, Perodua, Proton, The Coffee Bean & Tea Leaf dan MBS Bookstore turut mengukuhkan daya tarikan YPCC Tanjung Lumpur sebagai pusat komersial bersepadu dan ia dijangka memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi setempat.
#Pahang1st #MajuTerusPahang #YayasanPahang #YPLand #YPCC


