59 Murid Orang Asli Sertai Seminar PEDULI 2026 di UCYP University

Seramai 59 anak-anak Orang Asli dari Kuantan dan Bentong berkampung di UCYP University sejak Selasa lalu bagi mengikuti Seminar Potensi Cemerlang Program Pendidikan Murid Orang Asli (PEDULI) fasa kedua yang berakhir hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 622 murid Orang Asli dari seluruh Pahang yang bakal menduduki SPM tahun ini dan mengikuti Seminar PEDULI 2026 secara berperingkat sejak 8 September lalu sehingga 1 Oktober depan.

Selain persediaan akademik, seminar ini turut menjadi ruang untuk mereka membina keyakinan, semangat dan motivasi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan langkah seterusnya dalam pendidikan.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang dikutip sepanjang program ini menjadi bekalan untuk mereka melangkah ke dewan peperiksaan nanti.
Sejak dilaksanakan pada 2019, Program PEDULI anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang telah memberi manfaat kepada 4,916 murid Orang Asli di seluruh Pahang.

Lagi Berita

Komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pendidikan anak negeri diteruskan

Yayasan Pahang melalui anak syarikat milik penuhnya, YP Land Sdn.

Seramai 59 anak-anak Orang Asli dari Kuantan dan Bentong berkampung

Carian

  • Carian

  • Jenis Kandungan

  • Tarikh