Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan Disember ATAU pada bila-bila masa yang bersesuaian.

KELAYAKAN MEMOHON

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  • Pemohon yang ibubapanya BUKAN warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4.
Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

BilPeringkat PengajianKelayakan PermohonanBidang PengajianKadar Pinjaman
1.Master / Kedoktoran (PhD)

Pemohon berkelulusan :
Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Pemohon sedang mengikuti pengajian di 20 IPTA

Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa/separuh masa)

Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Separuh Masa
Yuran Pengajian sahaja dengan kadar maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

2.Ijazah Sarjana Muda

Pemohon berkelulusan :
Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas

ATAU

Lulus Asasi / Matrikulasi /
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Memiliki sekurang-kurangnya Tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

Pemohon sedang mengikuti pengajian di TAHUN PERTAMA di 20 IPTA

Bidang pengajian selektif & kritikal di 20 IPTA (sepenuh masa) seperti berikut :-
– Farmasi
– Kejuruteraan & Teknologi
– Ekonomi & Kewangan Islam
– Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan)
– TESL
– Pertanian dan Industri Halal
– Pelancongan & Warisan
– Sains Data
– Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
– Automasi & Robotik
– E-Dagang
– Pemasaran Digital

Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

3.Ijazah Sarjana Muda

Pemohon berkelulusan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa dengan memperolehi purata peratusan markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek

dan

Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (AGAMA/DINI/TAHFIZ SYAHADAH ULYA) di peringkat SPM

Program Berkembar 2+2 di Kolej Yayasan Pahang & Yarmouk University, Jordan (KYP-Jordan) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)(sepenuh masa)Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup
4.Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia
(SKM /DKM)
Pemohon sedang mengikuti pengajian di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS)Semua bidang pengajian Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia (SKM / DKM) di KYPAS (sepenuh masa)Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup
5.DiplomaPemohon sedang mengikuti pengajian di SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS pengajian di PoliteknikSemua bidang pengajian di Politeknik (sepenuh masa)

Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup

Dengan syarat pemohon tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja yang lain

6.Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor FalsafahPemohon sedang mengikuti pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah di Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UNIPSAS)

Semua bidang pengajian Diploma /Ijazah Sarjana Muda di UNIPSAS (sepenuh masa)

Sarjana dalam bidang Pengajian Islam, Pendidikan TESL & Pentadbiran Perniagaan di UNIPSAS

Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam di UNIPSAS

Diploma Pascasiswazah Guaman Syarie di UNIPSAS

Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda)

RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Sarjana/Doktor Falsafah/Diploma Pascasiswazah
Yuran Pengajian sahaja dengan kadar maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

7.Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor FalsafahPemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)/Kolej Yayasan Pahang (KYP)

Semua bidang pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di UCYP/KYP (sepenuh masa)

Sarjana dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di UCYP/KYP

Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan dan Seni Lukis & Seni Reka di UCYP/KYP

Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda)

RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Sarjana/Doktor Falsafah
Yuran Pengajian sahaja dengan kadar maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

8.Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang SkillsSemua bidang pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills (sepenuh masa)Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup
Dikemaskini pada: December 31, 2023, 10:21 pm