1. Siapakah yang layak memohon biasiswa sekolah menengah.
  1.   Pelajar-pelajar yang berada dalam tingkatan 1, 4 dan 6 rendah.
  2.   Sedang belajar di Sekolah Menengah dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
       
2. Siapakah yang layak memohon biasiswa sekolah rendah
  1. Pelajar-pelajar yang berada dalam tahun 4, 5 dan 6
  2. Kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga di bawah paras RM1000 sebulan
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur atau
    1. Kedua-dua ibu bapa/bapa atau ibu berasal dari Negeri Pahang Darul Makmur dan Pelajar dan kedua-dua ibu bapa menetap di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Pemohon serta ibu bapa telah bermastautin tidak kurang dari 10 tahun dan akan terus bermastautin di Negeri Pahang. Bagi calon ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu, Pegawai Daerah atau ADUN atau Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP di tempat tinggal hendaklah dikemukakan.
    3. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
    4. Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
    5. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM1,500/bulan dengan tanggungan sekurang- kurangnya tiga anak bersekolah.
       
3. Apakah kadar tajaan biasiswa sekolah menengah/rendah.
   1. Bagi Tingkatan 1 hingga 4 adalah RM600 setahun.
  2. Bagi Tingkatan 6 adalah RM600 setahun.
  3. Bagi Tahun 4, 5 dan 6 adalah RM300 setahun
     
4. Siapakah yang layak memohon pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.
  1. Pemohon telah mendapat tawaran/tempat belajar di institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
  3. Pemohon dan keluarga telah bermastautin lebih daripada sepuluh tahun serta berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat atau Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.
     
5. Apakah program yang ditaja oleh YP.
  Pelajar yang mendapat tempat/tawaran di IPTA berikut:
  1. Sijil/Diploma Politeknik
2. Diploma Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
3. Diploma Kolej Islam Melaka (KOIM)
4. Diploma Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu
5. Pra/Sijil/Diploma Kolej Yayasan Pahang
6. Pra Diploma Sains Komputer/Diploma Teknologi Elektronik Pahang Skill.
7. Ijazah Program Pengajian Jarak Jauh dan Kursus Luar Kampus anjuran IPTA tempatan
8. Diploma /Ijazah Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) di UiTM
9. Sarjana dan PhD di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
     
  (Pengajian di luar negara hanya bagi kursus-kursus selektif dan kritikal sahaja yang tidak terdapat di negara ini).
     
6. Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh YP untuk pelajar miskin.
  1. Dermasiswa Pelajar Miskin bagi pelajar IPTA/S dan Sek. Men./Ren.
  2. Geran Bantuan Pelajar ke IPTA/S
     
7. Apakah anugerah-anugerah yang diberikan oleh YP bagi menggalakkan kecemerlangan pelajar di dalam pendidikan dan kokurikulum.
  1. Anugerah Pelajar Cemerlang (APC)
2. Biasiswa Pelajar Cemerlang Ko-kurikulum (BPCK)
3. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
     
8. Apakah medium yang terbaik sekiranya terdapat soalan yang perlu diajukan untuk pihak YP?
  1. Sila ajukan pertanyaan anda melalui talian hotline kami di 09-518 1800 atau terus berhubung dengan kami melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     
     

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM

qrcodenew1