bangunan_yp

Perasmian Yayasan Pahang telah disempurnakan pada 29 September 1983 oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, yang DiPertuan Agong pada ketika itu. Operasi pentadbirannya pula bermula pada tahun 1983 di Tingkat 19, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Misi utama penubuhan Yayasan Pahang adalah untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Penubuhan Yayasan Pahang ini dengan sendirinya telah mengambilalih fungsi tiga badan utama yang ditugaskan untuk memberi bantuan pendidikan dan melihat kebajikan anak-anak Pahang iaitu:

1. Lembaga Biasiswa Pelajaran Tinggi Negeri Pahang yang mengendalikan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada anak-anak Pahang yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti dan institusi-institusi awam.
2. Jemaah Biasiswa Pelajaran Tinggi Agama Islam Pahang yang mengendalikan pemberian biasiswa kepada anak-anak Pahang yang berjaya mendapat tempat di Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Unit Kewangan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengendalikan pemberian biasiswa kepada pelajar di peringkat sekolah menengah kerajaan di negeri Pahang.
   

Yayasan Pahang yang dinaungi oleh YAB Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah kini semakin mantap dengan penubuhan anak-anak syarikat YP Plantations Sdn. Bhd, Kolej Yayasan Pahang dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang yang mempunyai misi dan visinya tersendiri bagi mengukuhkan lagi kedudukan Yayasan Pahang dalam bidang pendidikan.

Sebagai organisasi yang menjadi pemangkin kepada penjanaan modal insan bertaraf dunia, Yayasan Pahang kini memberi fokus kepada kuantiti selaras dengan kualiti pelajar yang menerima bantuan. Selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan anak-anak Pahang, Yayasan Pahang menyediakan pakej pendidikan lengkap kepada anak-anak negerinya meliputi pelajar sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, masyarakat bekerja dan masyarakat minoriti Orang Asli.

Setelah 25 tahun beroperasi, Yayasan Pahang kini telahpun berupaya untuk mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kompleks yang menjadi mercu tanda bandar Kuantan ini akan memantapkan lagi usaha-usaha Yayasan Pahang melahirkan modal insan cemerlang, matang dan seimbang yang agen penting bagi menjayakan Wawasan 2020 negara.

 
 

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM perhati

qrcodenew1