Bagi memastikan Yayasan Pahang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Pahang dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pelanggan; Maka Kami Berjanji akan memberikan perkhidmatan yang komited dan profesional melalui layanan mesra dan sedia membantu untuk mencapai setiap objektif dengan tepat, cekap dan cepat dengan : |
|
|
1. |
Mengagihkan Bayaran Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) kepada pelajar sediada dan baru sebelum sesi persekolahan bermula. |
2. |
Mengagihkan bayaran Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) kepada pelajar baru dalam tempoh 3 bulan dari penerimaan borang yang lengkap. |
3. |
Mengagihkan bayaran BSM kepada pelajar sediada dalam bulan Januari dan Mei. |
4. |
Mengeluarkan bayaran pertama kepada peminjam pendidikan dalam tempoh 30 hari dari penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap. |
5. |
Mengeluarkan bayaran kepada peminjam pendidikan sediada dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran atau arahan bayaran. |
6. |
Proses penyediaan bayaran tidak melebihi 21 hari dari tarikh terima tuntutan bayaran. |
7. |
Menangani masalah yang timbul dalam tempoh kurang dari 14 hari bekerja. |
8. |
Sebarang pertanyaan atau aduan akan diambil tindakan dengan serta merta atau selewat-lewatnya tiga hari bekerja. |
|
|