Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Piagam Pelanggan

 

Bagi memastikan Yayasan Pahang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Pahang dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pelanggan; Maka Kami Berjanji akan memberikan perkhidmatan yang komited dan profesional melalui layanan mesra dan sedia membantu untuk mencapai setiap objektif dengan tepat, cekap dan cepat dengan :
  
1.Mengagihkan Bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) kepada pelajar sediada dan baru sebelum sesi persekolahan bermula.
2.Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar baru dalam tempoh 3 bulan dari penerimaan borang yang lengkap.
3.Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar sediada dalam bulan Januari dan Mei.
4.Mengeluarkan bayaran pertama kepada peminjam pendidikan dalam tempoh 30 hari dari penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
5.Mengeluarkan bayaran kepada peminjam pendidikan sediada dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran atau arahan bayaran.
6.Proses penyediaan bayaran tidak melebihi 14 hari dari tarikh terima tuntutan bayaran.
7.Menangani masalah yang timbul dalam tempoh kurang dari 7 hari bekerja.
8.Sebarang pertanyaan atau aduan akan diambil tindakan dengan serta merta atau selewat-lewatnya tiga hari bekerja.
Dikemaskini pada: November 24, 2023, 4:12 pm