MB       Amanat Yang Amat Berhormat Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang

Setelah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1982 melalui Enakmen Yayasan Pahang Bilangan 6/82 pada 18 Disember 1982, Yayasan Pahang terus melaksanakan fungsinya sebagai sebuah institusi yang mengurus serta membantu memperkembangkan bidang pendidikan, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan dalam usaha menyediakan modal insan yang mahir dan berketrampilan di kalangan rakyat Pahang. Tugas besar ini dilaksanakan bersama-sama dengan institusi dan organisasi lain, baik di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan.

Selama lebih dua dekad operasinya, program dan aktiviti Yayasan Pahang telah memasuki suatu bidang yang amat luas jika dibandingkan dengan pengoperasian awalnya. Namun begitu, fungsi dan objektif asal penubuhannya sentiasa dijadikan pegangan dan asas sebarang tindakan. Setiap penambahan program dan aktiviti adalah bertujuan menyeimbangi fungsi Yayasan Pahang agar sentiasa sesuai dan selari dengan perkembangan dasar dan perancangan negeri dan negara dari semasa ke semasa.

Dinamisme Yayasan Pahang sebagai sebuah institusi yang kaitannya amat rapat dengan perkembangan perancangan dan kemajuan negeri Pahang haruslah dijelmakan dalam tindakan yang lebih gigih, agresif dan terancang lagi di alaf baru ini. Tanpa rancangan teliti dan program yang strategik serta efektif, pelaksanaan hasrat Kerajaan Negeri yang sepatutnya dimainkan oleh Yayasan Pahang tentulah tidak berjalan selancar yang dijangka.

Cabaran dan peluang sebeginilah yang harus ditangani oleh semua individu yang terlibat dengan institusi ini. Yayasan Pahang hendaklah terus menjadi institusi katalis yang berwibawa dan berprestij tinggi. Setiap seorang daripada kita tidak boleh terpinggir atau meminggirkan diri dalam menghadapi cabaran besar demi memenuhi hasrat suci ini.

Bersama-samalah kita bergerak dalam satu suara, satu pasukan dan satu tekad, memberikan sumbangan terbaik kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang, untuk mencapai objektif setiap program dan wawasan demi masa depan generasi yang lebih cemerlang di samping sentiasa berada dalam peliharaan dan keredaan Allah SWT.

YAB Dato' Sri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob
SDSA., SSAP., DSAP., DGSM.

         
         

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM perhati

qrcodenew1