Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Amanat Yang Amat Berhormat Pengerusi Lembaga PENGARAH Yayasan Pahang

MB

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala Tuhan yang Maha Berkuasa  serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Menyaksikan perkembangan dan kemajuan Yayasan Pahang (YP) adalah sesuatu yang amat membanggakan.  Sejak ditubuhkan 40 tahun lalu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan tanpa henti. Begitupun YP dilihat membangun dengan pesat melalui perkembangan dan pencapaiannya dan syarikat kumpulan. 

Usaha YP   membangunkan anak bangsa dizahirkan melalui implikasi kewangannya.  Sepanjang tempoh tersebut,  sejumlah RM1.4 bilion dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada 1.63 juta anak-anak Pahang di pelbagai peringkat.  Agenda back to basics, dengan misi tiada anak Pahang tercicir untuk mendapatkan pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi:  seterusnya berjaya mengubah mobiliti sosial keluarga menjadi fokus utama pada awal penubuhan  YP.

Sebagai organisasi yang matang dan  berkaliber, YP begitu responsif dengan keadaan semasa.  Era pandemik  dan situasi global memerlukan YP bergerak pantas menangani pelbagai isu. Dalam hal ini,  golongan pelapis yang bakal mencorakkan masa depan negara iaitu  belia dan graduan menjadi keutamaan.

Justeru, pendekatan baharu  diwujudkan  bagi memperkasa ekonomi  golongan ini dengan menyediakan lebih banyak platform dan peluang untuk mereka  terus maju. Jaminan kerjaya dan pelbagai latihan bidang  kemahiran serta keusahawanan  disediakan agar mereka terus berupaya menangani isu pengangguran di era pandemik ini. Tahniah saya ucapkan!

Saya yakin, YP sebagai sebuah organisasi yang  berprestasi tinggi dengan tadbir  urus yang baik   mampu merealisasikan agenda Kerajaan Negeri Pahang bagi menghasilkan modal insan yang cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa.  

Akhir kata, sama-sama kita berdoa dan bekerjasama agar YP  dapat meneruskan kecemerlangan memartabatkan masyarakat seterusnya  membantu rakyat Pahang merealisasikan impian murni ini   Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP.,

Menteri Besar Pahang
merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pahang 

Dikemaskini pada: October 26, 2023, 10:25 am