Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan April dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.
         
Kelayakan Memohon
1. Anak negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
  a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang Darul Makmur perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
  c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
         
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:
   i.  PERINGKAT SARJANA & KEDOKTORAN  
     a. Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP. 
     b. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon mengikuti pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal.
         
   ii. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS
     a. Diploma di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills).
     b. Diploma atau diploma lanjutan di Politeknik.
     c. Diploma di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
     d. Diploma di UniKL bagi kursus-kursus yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
     e. Diploma di DRB-Hicom University Of Automotive Malaysia (DHUAM)
     f. Diploma di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
     g. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (tahun pertama) seperti berikut: 
       - Farmasi
       - Kejuruteraan & Teknologi
       - Ekonomi & Kewangan Islam
       - Pelancongan & Warisan
       - Pertanian & Industri Halal
       - Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
      - TESL
         
      Bagi kategori ini, pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi dan STPM dengan cemerlang.
         
      Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
         
   iii. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ YAYASAN PAHANG (KYP) & KOLEJ YAYASAN PAHANG ADVANCED SKILLS
         
   iv. PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH
         
    Program Berkembar KYP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Program ini meliputi pengajian selama 2 tahun di KYP dan 2 tahun di University Of Yarmouk, Jordan.
         
    Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum mengikuti pengajian Ijazah tersebut. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa. 
         
         
         

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM perhati

qrcodenew1