semakan button

Unit ini bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bayaran balik pinjaman dan tindakan terhadap peminjam yang engkar.

Pembayaran balik pinjaman pendidikan ini adalah sangat penting bagi Yayasan Pahang untuk menjana semula pendapatan bagi meluaskan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan termasuk tajaan kepada pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga ke peringkat tertinggi; meningkatkan pemberian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR); meningkatkan pembiayaan program-program kecemerlangan, kebajikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Unit ini akan mengeluarkan surat tuntutan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam sebaik tempoh penajaan tamat seperti yang termaktub di dalam surat tawaran. Sementara peminjam pula dikehendaki untuk membuat bayaran balik mengikut fasa yang telah ditetapkan dalam tempoh enam bulan setelah tempoh penajaan tamat seperti yang termaktub di dalam surat tawaran. Penangguhan bayaran hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam menyambung pengajian ke peringkat tinggi dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

TUNAI : i) Boleh dibuat di kaunter pembayaran, Kompleks Yayasan Pahang , 26060 Tanjung Lumpur, Kuantan.

ii) Waktu operasi dari jam 8.00 a.m hingga 4.30 p.m setiap hari kecuali Cuti Umum.
     
KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF : Hendaklah ditulis di atas nama TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.
     
POTONGAN GAJI
: Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di YP. Pihak YP akan menguruskan urusan pemotongan gaji.
     
PERBANKAN INTERNET :

Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran:
i) Maybank - http://www.maybank2u.com.my (sila klik di 'Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang')
ii) CIMB - http://www.cimbclicks.com.my (sila klik di 'Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang')
iii) Pos Malaysia Berhad - http://www.posonline.com.my (No. Akaun 0601-0725226-05-5) Hanya di kaunter Pejabat Pos atau Pos Online sahaja.

iv) JomPAY - Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam)

*Pastikan No. Kad Pengenalan peminjam TEPAT terutama bagi bayaran melalui akaun pihak ketiga atau bayaran dari akaun selain dari Peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti.

     

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

 

 

 

 

BORANG-BORANG

:

 

 

 

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan Yayasan Pahang.

Para peminjam dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang

1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank

2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)

 

1. Borang Tukar Syarat

2. Borang Penangguhan Bayaran

3. Borang Pelupusan Sakit @ Cacat

4. Borang Pelupusan Kematian

5. Borang Potongan Gaji

 

HUBUNGI KAMI :

Tuan/Puan dikehendaki menghubungi Unit Kredit bagi sebarang urusan kemaskini maklumat berkaitan alamat surat menyurat dan nombor telefonBerikut senarai nama pegawai-pegawai yang menguruskan kutipan bayaran balik bagi peminjam-peminjam Yayasan Pahang :

  1.  Pn. Safwati Bt Ahmad (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  2.  Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)
  3.  Pn. Noorasziana Bt Ab Rahman (Tel : 09-518 1800 Ext 185)
  4.  Pn. Faridah Bt Abdul Rahman (Tel : 09-518 1800 Ext 182)
  5.  En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  6.  Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
     

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM perhati

qrcodenew1