Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Peminjam

Semakan Penyata Bayaran Balik

Unit ini bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bayaran balik pinjaman dan tindakan terhadap peminjam yang engkar.

Pembayaran balik pinjaman pendidikan ini adalah sangat penting bagi Yayasan Pahang untuk menjana semula pendapatan bagi meluaskan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan termasuk tajaan kepada pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga ke peringkat tertinggi; meningkatkan pemberian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR); meningkatkan pembiayaan program-program kecemerlangan, kebajikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Unit ini akan mengeluarkan surat tuntutan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam sebaik tempoh penajaan tamat seperti yang termaktub di dalam surat tawaran. Sementara peminjam pula dikehendaki untuk membuat bayaran balik mengikut fasa yang telah ditetapkan dalam tempoh enam bulan setelah tempoh penajaan tamat seperti yang termaktub di dalam surat tawaran. Penangguhan bayaran hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam menyambung pengajian ke peringkat tinggi dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

TUNAI/DEBIT CARD/KREDIT CARD:

Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:

  1. Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
  2. Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)
   
KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF:Hendaklah ditulis di atas nama TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.
   
POTONGAN GAJI
:Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di YP. Pihak YP akan menguruskan urusan pemotongan gaji.
   
PERBANKAN INTERNET:
Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran:
  1. Maybank – http://www.maybank2u.com.my (sila klik di ‘Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang’)
  2. CIMB – http://www.cimbclicks.com.my (sila klik di ‘Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang’)
  3. Pos Malaysia Berhad – http://www.posonline.com.my (No. Akaun 0601-0725226-05-5) Hanya di kaunter Pejabat Pos atau Pos Online sahaja.
  4. JomPAY – Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam).
  5. Pahang GO – Melalui aplikasi mobile.

*Pastikan No. Kad Pengenalan peminjam TEPAT terutama bagi bayaran melalui akaun pihak ketiga atau bayaran dari akaun selain dari Peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti.

   cara bayar 2019
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

:

 

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

PERINGATAN: Tuan/Puan dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang

1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank;
2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)

BORANG-BORANG 

1. Borang Tukar Syarat

2. Borang Penangguhan Bayaran

3. Borang Pelupusan Sakit @ Cacat

4. Borang Pelupusan Kematian

5. Borang Potongan Gaji

6. Borang Penjadualan Bayaran Balik

HUBUNGI KAMI:

Tuan/Puan dikehendaki menghubungi Unit Kredit bagi sebarang urusan kemaskini maklumat berkaitan alamat surat menyurat dan nombor telefonBerikut senarai nama pegawai-pegawai yang menguruskan kutipan bayaran balik bagi peminjam-peminjam Yayasan Pahang :

  1. Pn. Rohana Bt Khamdan (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  2. Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)
  3. Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
  4. En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  5. Talian Whatsapp : 011-1664 1800 dan 011-1663 1800
Dikemaskini pada: October 26, 2021, 11:56 am