PROGRAM PUNCAK JAYA (PPJ) | |
Diwujudkan pada tahun 2008 sebagai satu platform untuk meningkatkan bilangan anak Pahang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Pendekatan program berbentuk motivasi dan pembangunan kendiri pelajar Tingkatan 5 yang sederhana pencapaian akademiknya yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun semasa. | |
Pencapaian program amat memuaskan kerana 95% pelajar yang mengikuti program ini berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. | |