twitter2

 

SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian seperti berikut:
       
a. Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam.
       
b. Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.
  Program ini dirangka khas mulai tahun 2016 untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dari kalangan anak Pahang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan INTEC Education College.
       
  Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di IPAC, UiTM.
       
Kelayakan Memohon
       
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
  a. Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  b. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
       
2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
       
3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
       

 

JENIS PEMBIYAAN KADAR (RM)
Elaun Sara Hidup -5,000 setahun-
Yuran Pengajian -seperti yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian-
   
   

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1