MAJLIS MAHASISWA ANAK PAHANG (MAMPAN)
Majlis gabungan mahasiswa anak negeri Pahang di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah diwujudkan pada 6 November 1999. Ia bertujuan bagi mewujudkan jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa, pemimpin-pemimpin negeri dan masyarakat di negeri ini.
Pada tahun 2013, YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Diraja Hj Adnan bin Hj Yaakob telah melancarkan perisian E-Mampan yang memberi kemudahan kepada ahli MAMPAN untuk berdaftar keahlian secara online. Bagi tujuan pendaftaran ahli menggunakan E-Mampan, sila ke laman web YP www.yp.org.my dan klik ikon E-Mampan pada khidmat atas talian atau terus ke link berikut http://eyayasan2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php.
VISI MAMPAN
Memperkasa Jalinan Tripartite Dalam Usaha ‘Memartabatkan Masyarakat’.
2. Membentuk persekitaran mahasiswa yang lestari dan berimpak tinggi melalui aktiviti kesukarelawan yang berterusan
1. Kebolehpasaran Kerja
2. Kepimpinan
3. Kemandirian Ekonomi
4. Keterlihatan (Visibility)
1. Memperkasa pengurusan ahli menggunakan E-MAMPAN.
2. Menjalinkan hubungan secara NBOS dengan agensi seaspirasi.