Program Jejak Gemilang UPSR
Program ini diperkenalkan pada tahun 2005 bertujuan memberi pendedahan teknik pembelajaran kepada pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini adalah pelajar-pelajar yang dikenalpasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sehingga kini, 37 buah Sekolah Rendah di seluruh daerah dalam negeri Pahang telah terpilih untuk mengikuti program ini.
Program ini membantu meningkatkan statistik pelajar cemerlang serta membantu menempatkan Pahang pada kedudukan 3 teratas di peringkat kebangsaan.