twitter2

 

Projek ini diwujudkan pada tahun 1997 sebagai menyahut saranan YB Menteri Pendidikan pada ketika itu, YB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak agar Negeri Pahang memberi bantuan kepada pelajar dari kalangan masyarakat luar bandar yang berpotensi cemerlang. Ia diasaskan kepada 3 projek yang diiktiraf sebagai model sekolah bercantum dalam bengkel pendidikan yang diadakan di Port Dickson pada 1996 iaitu Projek Yayasan Pahang, Projek Baling (Kedah) dan Projek Poyut (Sarawak) yang diubahsuai dengan keadaan negeri Pahang.


Projek yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) ini membabitkan aktiviti menempatkan pelajar terpilih sekolah rendah luar bandar (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah menengah berasrama dan menerima status kedudukan sebagaimana pelajar sekolah berasrama penuh dengan pelbagai kemudahan lain bagi memperkembangkan sahsiah dan intelek mereka. Komitmen YP dalam projek ini adalah dalam bentuk bantuan yuran asrama serta bengkel jejak gemilang dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan berkenaan topik yang kritikal dan popular untuk pelajar UPSR.


Sekolah yang terlibat adalah SMK Clifford, SMK Seri Bentong, SMK Seri Pekan dan SMK Seri Tualang.

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1