twitter2

 

 

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan Disember ATAU pada bila-bila masa yang bersesuaian.
         
 
KELAYAKAN MEMOHON  
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
  a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  b. b) Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
  c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
         
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.
Bil Peringkat Pengajian Kelayakan Permohonan Bidang Pengajian Kadar Pinjman
1. Sarjana / Kedoktoran (PhD) Pemohon berkelulusan :
Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Pemohon sedang mengikuti pengajian di 20 IPTA

Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa/separuh masa) Pemohon perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Separuh Masa
Yuran Pengajian Sebenar
ATAU
Maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

2. Ijazah Sarjana Muda Pemohon berkelulusan :
Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas

ATAU

Lulus Asasi / Matrikulasi /
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Memiliki sekurang-kurangnya Tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

Pemohon sedang mengikuti pengajian di TAHUN PERTAMA di 20 IPTA

Bidang pengajian selektif & kritikal di 20 IPTA (sepenuh masa) seperti berikut :-
- Farmasi
- Kejuruteraan & Teknologi
- Ekonomi & Kewangan Islam
- Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan)
- TESL
- Pertanian dan Industri Halal
- Pelancongan & Warisan
- Sains Data
- Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
- Automasi & Robotik
- E-Dagang
- Pemasaran Digital
Pemohon perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

3. Ijazah Sarjana Muda Pemohon berkelulusan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa dengan memperolehi purata peratusan markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek

dan

Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B+ peringkat SPM dalam subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah

Program Berkembar 2+2 di Kolej Yayasan Pahang & Yarmouk University, Jordan (KYP-Jordan) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)(sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan penuh meliputi yuran pengajian institusi dan sara hidup
4. Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia
(SKM /DKM)
Pemohon sedang mengikuti pengajian di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) Semua bidang pengajian Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia (SKM / DKM) di KYPAS (sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan penuh meliputi yuran pengajian institusi dan sara hidup
5. Diploma Pemohon sedang mengikuti pengajian di SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS pengajian di Politeknik Semua bidang pengajian di Politeknik (sepenuh masa) Sepenuh Masa
RM4,500 setahun
Penajaan penuh meliputi yuran pengajian institusi dan sara hidup

Dengan syarat pemohon tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja yang lain

6. Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Semua bidang pengajian Diploma /Ijazah Sarjana Muda di KUIPSAS (sepenuh masa)

Sarjana Pengajian Islam di KUIPSAS (separuh masa)

Pemohon perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda)
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Separuh Masa (Sarjana)
Yuran Pengajian Sebenar
ATAU
Maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

7. Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) Semua bidang pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di UCYP (sepenuh masa) Pemohon perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

RM3,000 setahun ++++
Penajaan sara hidup dan tambahan pinjaman (yuran) bagi menampung pinjaman yang diterima dari PTPTN

8. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills Semua bidang pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills (sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan penuh meliputi yuran pengajian institusi dan sara hidup

 

 

 

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSRBISPEN

qrcodenew1