twitter2

 

Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)

Biasiswa ini diperkenalkan pada tahun 2002 dan diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.
 
Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM 700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,000 sebulan.
     
Mulai tahun 2012, kadar baharu BSR telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid tahun 4 hingga 6.
 
Terkini, Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan hanya perlu dibuat melalui dalam talian, dan tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.
     
 
KELAYAKAN MEMOHON
1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
     
2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
     
3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
     
4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
     
5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
     
6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.  
     
7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.  
     
8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.  
     
9. Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.  
     

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSRBISPEN

qrcodenew1