POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tadbir urus korporat, Yayasan Pahang (YP) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga YP dan Anak Syarikat YP atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam YP atau Anak Syarikat YP dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010). |
|||
IDENTITI PENGADU DILINDUNGI Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat. Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan YP dan Anak Syarikat YP, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan. |
|||
KAEDAH MEMBUAT LAPORAN
|
|||
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah: 1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel; Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak. |
|||