Yayasan Pahang yang dinaungi oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah kini semakin mantap dengan penubuhan anak-anak syarikat YP Plantations Sdn. Bhd, Kolej Yayasan Pahang dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang yang mempunyai misi dan visinya tersendiri bagi mengukuhkan lagi kedudukan Yayasan Pahang dalam bidang pendidikan.
Sebagai organisasi yang menjadi pemangkin kepada penjanaan modal insan bertaraf dunia, Yayasan Pahang kini memberi fokus kepada kuantiti selaras dengan kualiti pelajar yang menerima bantuan. Selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan anak-anak Pahang, Yayasan Pahang menyediakan pakej pendidikan lengkap kepada anak-anak negerinya meliputi pelajar sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, masyarakat bekerja dan masyarakat minoriti Orang Asli.
Setelah 36 tahun beroperasi, Yayasan Pahang kini telahpun berupaya untuk mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kompleks yang menjadi salah satu mercu tanda bandar Kuantan ini akan memantapkan lagi usaha-usaha Yayasan Pahang melahirkan modal insan cemerlang, matang dan seimbang yang agen penting bagi menjayakan Wawasan 2020 negara.
|