Yayasan Pahang dengan ini telah memperluaskan pemberian Geran kepada pelajar-pelajar lepasan Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah dan Sarjana.

Mulai tahun 2013 pemberian geran sediada RM500 bagi lepasan SPM/STPM/STAM akan dikenali sebagai Geran IPT YP 1.0. Oleh kerana bantuan geran ini akan diperluaskan pula kepada pelajar-pelajar lepasan matrikulasi / asasi / diploma yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, maka geran peringkat kedua ini akan dikenali sebagai Geran IPT YP 2.0.

Pada masa yang sama, pemberian geran ini turut diperluaskan pula kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD). Geran ini akan dikenali sebagai Geran IPT YP 3.0 dan bantuan ini bernilai RM1,000 seorang.

Sila rujuk maklumat Geran IPT YP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum memuat turun borang ini bagi memastikan anda mematuhi syarat dan kelayakan permohonan.

Borang GERAN IPT YP 1.0

Borang GERAN IPT YP 2.0

Borang GERAN IPT YP 3.0

Anda juga boleh memuat turun borang di ruangan Muat Turun laman web ini.

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang di atas.

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM

qrcodenew1