twitter2

 

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.
       
Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
       
Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.
       
Kelayakan memohon
       
Kriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:
  a. Warganegara Malaysia.
  b. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  c. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang
  d. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  e. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  f. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  g. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  h. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  i. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  j. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  k. Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 03 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.
     
     

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1