twitter2

 

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.
       
Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
       
Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.
       
Kelayakan memohon
       
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
  a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, atau  
  b. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.  
  c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.  
       
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
       
3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
       
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama/ Sekolah Menengah Agama Rakyat/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.
       

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1