twitter2

 

Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)

Biasiswa ini diperkenalkan pada tahun 2002 dan diberikan kepada murid-murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga di bawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah paras RM2,000 sebulan.
     
Mulai tahun 2012, kadar baru BSR telah dinaikkan daripada kadar RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid tahun 4 hingga 6.
     
Kelayakan Memohon
     
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
     
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
     
3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
     
4. Pendapatan kasar ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
     
5. Pemohon sedang belajar di Sekolah Rendah/Sekolah Jenis Kebangsaan bantuan Kerajaan di Negeri Pahang Darul Makmur.
     
6. Pemohon dan ibu bapanya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.  
     

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1