BANTUAN PENDIDIKAN

Bahagian Bantuan Pendidikan adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya 32 tahun yang lalu. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.

Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.

 

FOKUS BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

1. Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot umur 17-23 tahun memiliki tertiary education menjelang tahun 2020.
2. Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal
3. Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran
4. Mempelbagaikan ruang untuk menaja pelajar-pelajar ke Negara di Timur Tengah bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang perubatan, pergigian dan farmasi selain Bahasa Arab dan Pengajian Islam
5. Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading
6. Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan

 


 


 

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja            


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM

qrcodenew1